Quantcast
Channel: ♛HONEY YEO♛
Viewing all articles
Browse latest Browse all 25

Hala Tujuku Selepas SPM & Inilah Keputusannya

0
0
*Assalammualaikum*

Hai semua.Tatkala entri ini diupdate,tuan empunya diri baru sahaja melepasi saat kritikal untuk membuat keputusan yang cukup sukar kerana melibatkan masa depannya. Bukan mudah untuk membuat keputusan kerana pilihan yang datang masing-masing adalah pilihan yang baik dan mungkin adalah peluang yang mungkin hanya datang sekali sahaja dalam hidup ini. Honey pasti teman-teman yang juga lepasan SPM 2012 sedang dilema untuk memilih kan?
http://www.honey-yeo.com/2013/03/my-result-spm.html
http://www.honey-yeo.com/2013/04/pilihan-upu-saya.html
Result Honey pun biasa-biasa je,taklah teror macam kawan-kawan yang lain. Just dapat 5 A dan 4 B je. Sudah tentulah dengan keputusan ini,susah nak mohon biasiswa. So,apa yang sesuai dengan kelayakan kita,mohon sahajalah. Antaranya macam Matrik,Form 6,Asasi,Diploma,IPG dan sebagainya.Honey mohon semua je.Bukan tamak,tapi kalau ada rezeki adalah. Tapikan kawan-kawan masa Honey nak buat 8 pilihan UPU,memang pening kepala. Yelah,kalau diperhatikan 8 pilihan yang Honey buat kebanyakan bukan subjek sains sebab result Honey pun yang A semua subjek teras.
Kalau you alls nak tahu,Honey sebenarnya paling mengharapkan IPG. Well,kursus persediaan setahun dan terus ke Ijazah.Siapa yang tak nak kan? Lagipula Honey dapat jadi cikgu Sejarah.*minat sejarah gila-gila*Oh yeah,my ambition once upon a time. Akan tetapi itu semua musnah apabila untuk panggilan temuduga, Honey tak layak. Sedih kan? Honey ambil 2 hari untuk menenangkan fikiran.Remuk dan pilu serta kecewa. Namun dah tiada rezeki kan? So,redha sahajalah. Lagipun Honey dengar mereka nak yang 8 A or 9 A or all straight A's je. Dengan result Honey ini,jauh dan tak mungkinlah nak dapat kan..


Form 6 pula? Hmm...Honey tak dapat sebab Honey dapat tawaran ke Matrik.Yelah,ramai yang cakap,if dapat matrik,tak dapat form 6 dan begitulah sebaliknya. Yup,it's heaven bila tahu dapat matrik dan bertambah syok sebab dapat di Kolej Matrikulasi Johor. Sangatlah awesome sebab dekat dengan rumah.Muar dan Tangkak tak jauh pun. Lagipun family lagi galakkan sebab my brother and my sis in law dulu pun  bekas student KMJ dan paling penting,DEKAT!


Saat itu memang berkobarlah juga nak terima tawaran matrik. Yelah,it is not easy to get place that near from your house. Rata-rata kawan-kawan Honey yang dapat matrik mostly dapat Pahang,Selangor,Pulau Pinang bahkan ada yang ke Perlis! Dasyhat,dan kebanyakan yang dapat sampai ke utara ini bukanlah dalam 3 option pilihan yang mereka pilih. So,syukur alhamdulillah Honey dapat tempat yang dekat. Kawan Honey ada kata "kau pun bukan pernah duduk asrama,so KMJ tak jauh dari rumah,macam latihanlah untuk biasakan diri untuk berdikari juga sebelum kau ke universiti,biasanya universiti di bandar besar,lagi jauh berkilometer,taklah culture shock sebab KMJ still di area daerah yang selalu kau pergi." Cuma lutut lemah bila tengok Honey dapat course sains seyh. *masa daftar baru tahu dapat sains fizikal atau sains hayat* Sains? Dalam fikiran "Oh My,boleh ke aku ini ambil sains lagi?"

Well,for your info,when Honey in Form 4 and Form 5,i keep going to bilik kaunseling. Sangat-sangat stress sebab tak dapat catch up subject science terutama Physics,Biology and Addmath! Siapa tak stress,susah nak lulus kot? Nak dapat E pun susah. Bayangkan? Pernah satu tahap,minta drop subject. Luckily on that time,my teacher sangat tegas tak bagi drop sebab takut tak banyak pilihan tawaran nanti dan siap Honey kena marah. Alhamdulillah masa result SPM,semua subjects science Honey dapat B. Itu yang Honey berfikir, mampu ke aku bertahan lagi? Nampaknya kena kuatkanlah hati kalau Honey nak masuk matrik.


Tak lama lepas itu,keputusan yang Honey dah buat itu sedikit goyah apabila UPU keluar. Speechless dan tak terkata dalam 8 pilihan yang Honey buat, Honey dapat Asasi Undang-undang UiTM di kampus Kuantan. Me? Undang-undang? Padahal itu kan pilihan ke 5 Honey. Ramai kawan yang kata pada Honey dengan nada perli pun ada rasanya "macam mana undang-undang tak jatuh cinta pada kau,tengok result itu". Yup,Honey admit keputusan Honey banyak pengaruhi sebab kriteria untuk mohon law UiTM kena 5 A dan antaranya,BM,BI,SEJ dan MATH. My result? BM A+ , BI A- , SEJ A+ dan MATH A. *bukan nak show off result tapi itulah kebenarannya.*


So why hari itu masukkan juga Asasi Undang-undang dalam list? Sebab on that time,Honey sendiri memang nak pun course itu. Jatuh cinta kerjaya law ini. Melihat kepetahan,kebijaksaan dan semuanyalah! Kagum.Exicted,Challenging. Yelah,Honey pun bukannya minat sangat pun sains kan.Tapi bila fikir-fikir balik,kerjaya as peguam ini penuh ranjau dan high risk. Bila research blog-blog akak senior,tengok apa yang kita akan belajar setiap semester,it's make me scarylah pulak kan! Law ini perlukan penghafalan dan Honey pun agak ragu-ragu dengan kemampuan diri sendiri sebab ingatan Honey bukanlah kuat sangat. Selalu lupa je. Ditambah pula,family pun berat je nak suruh Honey ke law.Lagipun jauh dari family,Pahang.Apa-apa perkara terjadi,nak refer siapa? Saudara mara pun tak ada tinggal near situ.

Matrik dan Asasi masing-masing adalah killer subject. Sains dan sastera. Jauh beza itu. Masing-masing perlukan Honey struggle. Masing-masing ada pro dan kontranya. Memang susah nak buat pilihan. Yelah,terasa sayang sangat kalau lepaskan salah satu. Ramai juga yang memberi nasihat,cadangan dan kritikan. Dan juga sering dimomokkan dengan cerita yang menakutkan tak kiralah sama ada matrik atau asasi. Ada yang kata better ambil matrik sebab matrik ini taklah tough sangat dan yang penting dekat. Ada yang kata better ambil asasi sebab asasi bukanlah calang-calang orang boleh dapat,jadi jangan lepaskan. So,bertambahlah Honey dilema! Haish..

Ramai suruh istikharah,bila istikharah selalu lupa je nak bangun pagi. Set jam,bila dah berbunyi tutup,dan tidur balik. Hahaha..Alhamdulillah this morning boleh bangun. Bulatkan mata. Hukhuk. Dan alhamdulillah akhirnya Honey dah buat keputusan. Dah fill in the blank persoalan yang selama ini bermain di minda. Semoga ini adalah yang terbaik. Keputusan ini tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak sebab bukan sehari dua Honey fikirkan,Honey pun selalu research dan berfikir dan bila istikharah,Honey dapat keyakinan untuk memilih matrik sebagai hala tuju Honey selepas ini.

Kadangkala kita terpaksa buat keputusan dan berkorban demi melihat orang yang kita sayang bahagia dan senyum .Redha dgn keputusan ini. Janji aku dapat tengok insan yang aku paling sayang dekat dunia ini bahagia.

Bila baca entri Honey sebelum ini,yang entri 8 pilihan UPU saya itu,ingat kata-kata cikgu kaunseling, kalau kita ikhlaskan hati,apa sahaja yang kita lakukan,insyaAllah kita boleh buat. Mesti ramai kata sayang lepaskan asasi. Yelah,kelayakan asasi lebih dasyhat dari matrik. Matrik,budak 3 A pun boleh dapat masuk sana. Yes,i know it,but tanpa restu keluarga tak boleh juga kan? Tanpa restu hati tak akan tenang. Lagipun di mana kita belajar,sama sahaja. Yang penting cipta kejayaan. Dan ke mana kita pilih, itu hanyalah batu loncatan untuk kita berjaya.

Bye-bye Foundation. Hello and Welcome to Matrik. :')

Lagipun antara cita-cita menjadi peguam dan guru, Honey rasakan lebih baik guru kerana Honey sedar di tahap mana kemampuan Honey. Dan untuk menjadi guru, matrikulasi adalah salah satu jalannya selain IPG. Lepas itu,futher dekat universiti with pendidikan or KPLI.Honey tahu lepas habis matrik, kena compete dengan budak diploma,STPM dan asasi. Ikutkan asasi pun belum boleh jamin sebenarnya. Memanglah lepas habis asasi,biasanya universiti akan utamakan mereka. Tapi macam asasi undang-undang,kalau macam course Honey under UiTM kalau tak dapat pointer 3.0 dan MUET Band 4,tak boleh ke degree law.Nanti kena diserapkan degree course entah apa-apa.Sayang.Lagipun kecintaan menjadi pendidik lebih tinggi berbanding peguam. Well, Honey ini suka bercakap kan. Hoho, just kidding.

Kebetulan semua persiapan ke matrik awal-awal dah complete sebab insyaAllah 30 hb Mei ini Honey akan berangkat ke Mekah untuk mengerjakan umrah. Sepatutnya Honey pergi bulan Mac hari itu tetapi halangan seperti pengeluaran visa oleh Arab Saudi yang menetapkan syarat mulai tahun ini,kena bawa mahram lelaki dan ketika itu perancangan cuma mak dan Honey sahaja yang pergi.Mak tiada halangan cuma masalah masa itu Honey. Bawah 45 tahun,kena bawa mahram lelaki *contoh abang kandunglah* So,30 hb Mei ini, Honey,mak,abang dan kak ipar sama-sama pergi. Surat-surat semuanya *surat pelepasan* dah disiapkan khas untuk pihak matrik. Lagi pun tarikh daftar matrik, 27 Mei, Honey still ada di Malaysia berbanding tarikh daftar asasi, 2 Jun, siapa nak uruskan barang-barang nanti? Jadinya seandainya Honey pilih asasi,Honey akan menyusahkan ramai pihak kan.

Jadi mungkin ini adalah pilihan yang terbaik dan tepat untuk masa hadapan Honey. InsyaAllah. Hope semua yang membaca ini doakan Honey berjaya ye. Honey janji Honey akan cuba sedaya upaya untuk belajar sungguh-sungguh dan dapat pointer yang baik.Honey akan cekalkan hati,ikhlaskan hati dan kuatkan hati dalam menempuh dugaan semasa berada di matrik. Amin. Dan tak lupa juga doakan Honey ye selamat pergi dan selamat kembali mengerjakan umrah ye! Salam sayang. ;)




Viewing all articles
Browse latest Browse all 25

Latest Images

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

HANGAD

HANGAD

MAKAKAALAM

MAKAKAALAM

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Vimeo 10.6.2 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.2 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.0 by Vimeo.com, Inc.

Re:

Re:





Latest Images

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

HANGAD

HANGAD

MAKAKAALAM

MAKAKAALAM

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.0 by Vimeo.com, Inc.

Re:

Re:

Re:

Re: